Kegunaan Kopi Untuk Kecantikan

Kopi memang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.  Harini aku nak kongsi 5 kegunaan kopi untuk kecantikan dan lain-lain. Bau kedai kopi je pon dah cukup untuk buat aku happy. Bukan starbucks itu aku tak mampu. behee..

Antara kebaikan kopi yang boleh digunakan ialah: 

1. Menghilangkan bau 
Letakkan serbuk kopi di dalam bekas terbuka di dalam kereta untuk menghilangkan bau yang kuat contohnya bau makanan. Serbuk kopi akan menyerap bau yang terdapat di dalam kereta. Hah, jimat. No more Glade. Selain kereta, boleh juga di letak di dalam peti sejuk. 

2. Membersihkan Muka 
Memandangkan aku suka berjimat, kopi memang antara kegemaran aku kalau nak membersihkan muka --
gunakan untuk mencuci muka bagi membuang sel kulit mati. Gosokkan perlahan-lahan seperti gaya menggosok scrub St. Ives ke muka anda. behee.. 

3. Mewarnakan & Mengilatkan Rambut
Air kopi yang dibancuh pekat tanpa gula boleh digunakan untuk mewarnakan rambut & mengilatkan ia. Ya, betul. Cara paling mudah ialah bancuh kopi dengan pekat dan gunakan air tersebut dan letakkan pada rambut (rendam/ sapu) dan biarkan untuk 1/2 jam. Selepas itu cuci dengan shampoo bagi menghilangkan bau kopi. Cara kedua ialah campurkan air kopi dengan conditioner/ shampoo. Dan lumur dan gosokkan di kepala. Warna mampu bertahan lebih kurang 2 minggu.

4. Mengurangkan Selulit
Kita boleh membantu meratakan permukaan kulit gelebeh dan selulit dengan menggunakan kopi. 
Gaulkan1/4 cawan serbuk kopi suam (yang telah digunakan)  dengan 1 sudu besar minyak zaitun dan lumurkan di kawasan yang bermasalah. Paling bagus untuk buat 2 kali seminggu. --tips dari Michelle Phan. 

5. Membersihkan &  Menghilangkan bau tangan
Secara asasnya kopi memang boleh digunakan untuk seluruh badan sebagai scrub (penggosok?). 
Kalau siang ikan atau mencuci ayam, pastinya tangan kita akan mempunyai bau yang tidak enak. Maka....
Ambil serbuk kopi dan gosok kedua belah tangan. Bau hilang dan kulit pun akan bersih. 

[Gambar] Kecantikan Pulau Boracay, Philipina.

Istana Pasir, Boracay

Sedikit info mengenai Pulau Boracay, Philipina.

Boracay adalah sebuah pulau kecil di Filipina yang terletak kira-kira 315 km (196 batu) selatan Manila dan 2 km dari hujung barat laut Pulau Panay di rantau Barat Visayas di Filipina.

Pada tahun 2012, Boracay telah dianugerahkan sebagai pulau yang terbaik di dunia dari antarabangsa majalah pelancongan (Travel + Leisure) 


 Matahari terbenam di tepi pantai
 Willy's Rock, Pantai Putih, Boracay
D*Mall off di Pantai Putih 



Cantik kan pemandangan di Boracay?
sumber  & sumber








Is it a Penguin? . Or a Whale?

lama aku tenung gambar ini untuk mencari apa yang digelakkan orang lain.
oh. its a whale! but wait. kaki dia macam Penguin.Beheee.. 
biasanya hari isnin macam ini lah.


#confius

source- 9gag.com

TIPS | Hilangkan Rasa Sedih

Every once in a while its good and okay to cry. Sejantan-jantan lelaki pun paling tidak pun mesti pernah menitiskan air mata sekurang-kurangnya sekali iaitu masa lahir. Kalau lahir je terus gelak itu tak tau lah pulak. aku. Hahahaha....

Aku nak kongsi tiga cara untuk menghilangkan rasa sedih dan gelisah mengikut cara Rasulullah SAW.

1. Melihat dedaunan hijau

2. Mendengar deruan air yang mengalir

3. Melihat wajah- wajah yang manis dan menceriakan

Dan baginda Rasulullah SAW berkata, diantara 3 perkara di atas, baginda lebih suka memilih untuk bermunajat kepada Allah SWT.  Jadi perbanyakkan amalan sunat memandangkan hari ini ialah penghulu segala hari. Potong kuku jangan lupa.

Salam Jumaat and Have a Great Weekend :)




[Review] Miss Hana Water Proof Gel Eyeliner

 Hello everyone. 

Rezeki sebelum kahwin hari tu aku dapat parcel Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner dari Natta Cosme. 
 Weee.. I was super duper excited to try it on but got too busy to write a review.
So this is my first time receiving a parcel from Natta Cosme and they are really good in making the first impression. Thumbs up!. I felt special, Thank you. 

"Miss Hana Water Proof  Gel Eyeliner"
Terdapat 2 jenis variasi warna yang aku dapat iaitu #01 Night Black dan #03 Choco Brown.

Keyword bagi eyeliner ini adalah waterproof. Sesungguhnya ini adalah eyeliner pertama yang aku jumpa sebagai ter-paling-waterproof-sekali. Sangat-sangat tahan. Even if you cried (which i did) masih pun kekal. Bagus kan?. Cara nak cuci aku guna waterproof make up remover, kalau tak ada boleh guna minyak zaitun. 

Basically for beginner this eyeliner suits you because it don't smudge much and easy to apply. 
Berbanding dengan eyeliner jenis liquid aku lebih suka guna pensil kalau nak cepat. 
Nah, tengoklah hasil dengan menggunakan Miss Hana Water Proof Eyeliner. 
#01 Night  Black
The formal look with Night Black

Sesuai untuk dipakai ke kuliah dan juga ke pejabat. Bear in mind to keep it simple on the eyeshadow, blusher and natural lipstick. 

 #03 Choco Brown 
The Dating Look with Choco Brown

Antara kedua-dua warna aku lebih suka Choco Brown sebab mata nampak lebih natural dan tak garang.
Plus it has shimmer dust and not just plain and typical matte brown. 
 My favorite so far goes to #03 Choco Brown.

Secara keseluruhan aku sangat suka dengan hasil pemakaian eye liner Miss Hana. Sangat cantik, kemas dan yang paling penting dia tak akan mencomotkan mata. Kalau menangis pun masih mampu nak nampak glamour. gituhhh.. :P 

Berita baik bagi yang berminat
Gunakan diskaun kopun "MISSHANA" dan layak untuk dapat RM5 offer apabila membuat belian. 
offer tamat pada May 15th 2014. 


Check them out ok. Janji. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...