SUANA ZHAR: 5 tanda patut tinggalkan aje lelaki tu


boleh singgah blog beliau di SUANA ZHAR 

uniknya pasal penyertaan beliau ialah dengan menyatakan di dalam bentuk pantun. Thumbs up !. Sebab genius betul kalau aku tak pernah pulak terpikir nak berpantun ke bersyair ke di dalam entry. Yelah nok, mak tak kreatip..

1. Tak ada wawasan atau impian

seorang lelaki patutnya memiliki impian atau perancangan untuk masa depan. Kalau dia sendiri tak tahu apa dia nak, mesti dia pun akan terus hidup macam tu tanpa arah tuju. Ambil contoh- Korang dah kapel, sekali tanya bila kita nak kahwin?. jawapannya "tak tahu". OK!. that's the cue for you to leave him. If the guy is serious enough, he will create something or come up with a plan. Bercinta nak, kahwin tak sudi!. macam mana tu?

2. Tak serious dalam sesuatu

Asal tanya semua di mainkan,
maka kerana itu sering mengundang pertelingkahan,
macam itu kah bakal suami pilihan?,
alamat rumahtangga jadi medan menguji ketangkasan elak balingan pinggan.

3. Asyik suruh belanja

Aku makan kau bayar,
kau makan kau bayar,
senang cerita korang ikat je dia kat pagar,
bagi dia makan tayar.

4. Terlalu mengongkong

Soal selidik mengalahkan polis,
saban hari hati tersinggung,
kena melapor walau sekadar tengah mengunyah ikan bilis,
terasa hidup bagai di kongkong

5. Tidak solat

Di ajak solat di beri alasan,
nak kata period dia jantan,
macam tu nak jadi suami jangan lah perasan,
konfem mertua tak berkenan.

Follower beliau pon boleh tahan ramai, jadi kalau dah ramai yang follow maka terbukti la blog dia memang best. Pergi blog dia jom  . 



p/s: Aku baru nak update pasal entry kahwin hari tu. jadi harap bersabar ye.. :) 

Isteri Balas Dendam Suami Curang



Kerana perbuatan si suami yang curang, Timeshia Brown telah mengambil langkah bijak dengan membeli ruangan iklan di dalam surat khabar bagi membongkarkan perbuatan sang suami tak guna itu. Perkara ini telah berlaku di Texas, dan surat khabar tersebut diedar di kawasan tempat tinggal perempuan simpanan suaminya. Memang langkah yang sangat berani dan bijak. 

Mesej yang di tulis beliau berbunyi "I would like to say congratulations to Shara Cormier and Patrick Brown. They are expecting a baby. Hope you both are really in love and I hope it works out. Always, Patrick's wife, Timeshia Brown."

Perbuatan Timeshia mendapat pujian dari ramai orang termasuklah pengguna laman sosial kerana gambar tersebut telah dimasukkan ke dalam Facebook. Memandangkan zaman sekarang terlalu ramai perampas dan pencuri, maka tidak hairan lah jika sebagai mangsa kita harus mengambil langkah yang lebih proaktif dan menggunakan kecerdikan akal. Setakat buat press conference lepas tu suruh si Isteri lelaki tersebut mintak maaf. Itu bodoh namanya. 

Lagi aku kagum kalau dia beli iklan tu guna duit suami tak guna dia tu. hihi.. :)



YUMIDA - 5 tanda patut tinggalkan aje lelaki itu

Untuk GA yang lepas, cuma 5 peserta yang mengambil bahagian dalam GA mengarang ayat dan mencurahkan idea mengenai tanda-tanda yang boleh korang jadikan petunjuk bagi memutuskan sesuatu hubungan. 

Jadi antara peserta nya ialah Yumida
Beliau boleh dikira antara blogger yang terkenal dan juga selalu BW ke blog-blog orang lain.
Pendek cerita tidak sombong lah kan.. :) So thats the thing i like about her. 
Cuma 1 je yang aku musykil, tak pernah lagi aku tengok wajah di sebalik blog Yumida ni.  
Mungkin 1 hari nanti boleh buat entry "Gambar Sebenar Pemilik Blog Yumida telah dibongkar" --gurau je.hihi. 

SIMPLE GA : 5 tanda patut tinggalkan je lelaki tu.

1. Tak ada wawasan atau impian
 seorang lelaki patutnya memiliki impian atau perancangan untuk masa depan. Kalau dia sendiri tak tahu apa dia nak, mesti dia pun akan terus hidup macam tu tanpa arah tuju. Ambil contoh- Korang dah kapel, sekali tanya bila kita nak kahwin?. jawapannya "tak tahu". OK!. that's the cue for you to leave him. If the guy is serious enough, he will create something or come up with a plan. Bercinta nak, kahwin tak sudi!. macam mana tu?

2. Tak serious dalam sesuatu
Lelaki yang tidak serius dalam melakukan sesuatu mempunyai prinsip yang tidak tetap. Pendiriannya berubah-ubah. Baik hatinya, perasaannya, kesungguhannya dan bermacam lagi. Dalam hubungan, mereka akan sentiasa bersikap sambil lewa. Tidak benar-benar mahu melaksanakannya. Contohnya, suatu hubungan telah terbina sekian lama. Apabila berbicara soal kahwin, mereka akan mengelak. Mencipta berbagai alasan. Sebab musabab tidak dapat berkahwin. Lelaki yang serius dalam perhubungan, akan mencari jalan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan. Jika ianya berkaitan duit, mereka akan meminta suatu tempoh agar duit dapat dikumpulkan untuk melangsungkan perkahwinan. Ianya termasuklah dalam mengambil hati kita sebagai pasangannya. Tiada usaha untuk membahagiakan kita, membiarkan kita dengan perasaan kita sendiri. Umpama kita sorang je yang bertepuk sebelah tangan, tapi dia…buat don’t know je. Sikap acuh tak acuh. Terdetik di hati, siapa kita dalam hidup mereka? Mahukah kita menjalinkan cinta dengan lelaki yang tidak serius dalam perhubungan?

3. Lelaki bermulut murai
Mereka yang suka bercakap, bercakap dan bercakap. Bercakap benda yang tidak berfaedah. Kengkadang apa yang dituturkan tiada mesej. Umpama bercakap benda yang sia-sia. Orang sebegini jenis yang bukan suka mendengar. Menurut sebuah hadis, lelaki yang banyak bercakap, keras hatinya. Tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Hanya mahu pendapat dirinya sahaja diterima. Jadi bagaimana dengan pendapat orang lain? Pentingnya dalam perhubungan untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Mendengar apabila pasangan kita meluahkan perasaannnya, meluahkan masalahnya..agar sama-sama mencari jalan penyelesaian. Kalau jenis yang banyak bercakap juga tak mahu mendengar pendapat orang lain, hancuslah perhubungan kita. Itu baru couple, kalau dah berkahwin lagi banyak cabaran, dugaan dan masalah yang menimpa. Better kita tinggalkan lelaki sebegini dan mencari pengganti seorang pendengar yang baik.

4. Suka mengungkit
Pasti sakit hati kita apabila pasangan kita suka mengungkit! Mengungkit akan barang pemberiannya, mengungkit akan wang yang telah dibelanjakan olehnya, mengungkit akan pengorbanan masa dan tenaga mereka dan sebagainya. Lelaki yang suka mengungkit membuatkan kita berasa tidak dihargai. Rasa tersinggung..semestinya! Membuatkan kita sentiasa berkecil hati. Sanggupkah kita hidup bersama lelaki yang suka mengungkit??? Seorang lelaki yang benar-benar mencintai kita akan mengikhlaskan setiap perbuatannya. Ikhlas akan pemberiannya, pengorbanannya. Isu ungkit-mengungkit tidak akan timbul. Pasti membina hubungan yang bahagia. Umpama kata pepatah ‘give and take’. Yang sorang bagi, yang sorang lagi menerimanya. Pasangan anda jenis suka mengungkit? Tidak ikhlas dalam perhubungan? Tinggalkan sahaja. Moga anda menemui pasangan yang ikhlas berkorban demi mencintai anda.

5. Lelaki yang panas baran
Menyeramkan bila kita mendapati pasangan kita seorang yang panas baran. Tidak boleh tersilap sedikit, habis barang-barang menjadi tempat meluahkan kemarahan! Menyepak kerusi, meja, memecahkan pasu, membaling handphone. Huish…dahsyat! Lagi parah andai kita ditakdirkan menjadi isterinya. Bukan sahaja objek di rumah menjadi tempat melepaskan marahnya tapi badan kita. Lebam di sana sini. Malah kes penderaan suami terhadap isteri sekarang ni makin meningkat. Jika kita mengesan adanya sikap panas baran pasangan kita. Baik kita berundur, putuskan hubungan.Biar hati kita kecewa dek cinta tak kesampaian, jangan sampai badan kita luka berdarah dek tempias kemarahan.

pssttt.... Aku paling suka bila Yumida cakap mengenai mulut murai.
hehe.. tenkiu Yumida walaupon femes nak jugak join GA licha yang serba simple. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...