Kandungan Bahaya Produk Kecantikan

Dalam keinginan yang membuak-buak untuk cantik, sekalipun produk itu menjanjikan hasil yang terlalu cepat tidak semestinya bagus. Berkemungkinan produk tersebut mempunyai kandungan yang berbahaya kepada kulit dan juga kesihatan sesorang itu. Kesan buruk tidak semestinya dapat nampak dalam masa terdekat jadi baiklah kalau sediakan payung sebelum hujan. 

Nak pakai produk-produk yang "underground" ini tak kisah, asalkan tau apa kandungan di dalam nya.
Kalau nak semak, aku sarankan pergi ke laman web dia bagi mendapatkan kesahihan. 



Apa yang bagus nya mengenai laman web ini  ialah mereka menyenaraikan senarai produk yang mempunyai kandungan yang merbahaya. Dan mengemaskini maklumat yang terdapat di laman web tersebut. Selain itu, korang juga boleh telefon dan bertanyakan mengenai sesuatu produk yang korang khuatir mempunyai kandungan bahan terlarang, contohnya Merkuri. 


Bukan aku nak cakap produk yang menjanjikan bulan dan bintang ni tak bagus, cuma kalau boleh pastikan produk tersebut betul-betul selamat untuk dimakan atau dipakai. Pengguna harus lebih bijak. Tapi penjual / pengeluar pun tak perlu lah terlalu tamak mengejar kekayaan dengan menjual produk yang sah-sah akan membawa keburukan. 

Ambil seorang blogger ini sebagai contoh :



Apa yang diceritakan di dalam blog Nessa adalah pengalaman sebenar beliau mengenai produk yang pernah dipakainya dan mungkin ramai juga orang diluar sana pernah menggunakan produk tersebut.
Sampaikan tunang aku sendiri pernah di cadangkan oleh salah seorang juru jual di Downtown The Mines. well.. I directly say no because we are so close to our wedding date nanti pakai jadi zombie tak ke parah??. Siapa nak bagi ganti rugi kan.. 

Jadi bagi sesiapa yang mengalami kerosakan kulit muka, kulit jadi sensitif dan sebagainya. Mungkin boleh mencuba tips bagus yang aku jumpa di antara semua komen di blog Nessa. 
Komen dari MshuQi ini sangatlah bernas, maklumlah beliau merupakan senior beauty consultant. 


Kearah muka yang lebih cantik dan bersih yang penting SIHAT :)
hm.. sedapnya menaip entry sambil minum Perla Coffee.. eh eh. 
Perla Coffee, anyone?




p/s : Nak hilangkan jerawat dengan bahan semulajadi?. Klik sini

DIY : Cara Buat Bunga Comel dengan Felt


cara membuat bunga hiasan felt sangat lah senang, its not a rocket science. 
Bahan yang digunakan pun tak banyak, iaitu - kain felt, hotgun (pistol gam)/ UHU dan gunting. 

Jadi mari mulakan dengan contoh pertama. 

Bunga Felt 
 
Tekap atau lukis bentuk bulat dengan menggunakan pen diatas kain felt. 
diameter yang dicadangkan ialah 1 inci, semakin besar diameter semakin besar bentuk bunga hiasan itu nanti. Jadi kena pandai agak nak besar mana. 

Ambil sekeping felt tadi dan bentuk kan menjadi bucu 3 segi. (Seperti didalam gambar) letakkan gam di bahagian tengah supaya melekat. 

Kemudian ambil sekeping kain felt bentuk bulat tadi dan tampalkan felt yang telah dibentuk segi tiga. 
Susun dan lapiskan mengikut kreativiti korang. 

Dah siap. 

Kalau korang ada idea kretif boleh jugak dijadikan kerongsang. Caranya letakkan pin dibelakang dan gamkan dengan hot glue gun. 

******************************************

Kalau minat nak buat bunga dengan menggunaka felt aku ada cara yang mudah dan cepat. 

bahan yang diperlukan ialah kain felt, jarum dan benang untuk menjahit.

contoh kedua ini memerlukan sedikit masa sebab korang kena jahit kain felt untuk dijadikan bentuk kelopak bunga. 

bunga kemboja felt 
1. caranya ialah tekapkan contoh bentuk bunga kemboja diatas kain felt, kemudian potong mengikut bentuk bunga tersebut. 

2. Ambil jarum dan benang kemudian jahit belahan kelopak tersebut, mulakan dari hujung ke bahagian tengah kelopak bunga.

3. Jahit setiap kelopak dengan kemas macam dalam gambar. 

4. Hasilnya akan nampak macam dalam gambar.

ini adalah asas untuk buat bunga kemboja, boleh jugak kalau buat kelopak pelbagai saiz, kemudian lapis untuk membentuk bunga yang lebih sempurna dan cantik. Letakkan manik/mutiara di bahagian tengah kelopak bunga bagi mendapatkan hasil yang lebih cantik 


selamat mencuba. 
 

PEMENANG : 5 Tanda Patut Tinggalkan Je Lelaki Tu

Alhamdulillah :)

Licha dah jumpa pemenang untuk Giveaway yang licha anjurkan hari tu.
Tahniah .

Dan pemenangnya ialah:

Tahniah kepada pemenang, bagi peserta yang lain, jangan risau.
Semua entry penyertaan akan dipublish satu persatu setiap minggu. OK?.
Terima kasih semua.. 

----

Ciri-ciri lelaki yang memang tak boleh belah nak buat calon boyfriend/ menantu

1. Tak ada wawasan atau impian

Seorang lelaki patutnya memiliki impian atau perancangan untuk masa depan. Kalau dia sendiri tak tahu apa dia nak, mesti dia pun akan terus hidup macam tu tanpa arah tuju. Ambil contoh- Korang dah kapel, sekali tanya bila kita nak kahwin?. jawapannya "tak tahu". OK!. that's the cue for you to leave him. If the guy is serious enough, he will create something or come up with a plan. Bercinta nak, kahwin tak sudi!. macam mana tu?


2. Tak serious dalam sesuatu

Lelaki yang tak serious dalam sesuatu biasanya akan memainkan hati perempuan. Ye lah, cuba bayangkan kalau seseorang  perempuan memang dah lama serious dan tunggu masa untuk lelaki tu propose, tapi tiba-tiba tak jadi.Banyak alasan tak munasabah yang lelaki tu bagi ."Alaa,umur kita still muda la,tak payah nak rush sangat kahwin.Kita enjoy dulu ok single life".WHAT?? Memang hancur luluh lah hati seorang perempuan bila lelaki yang dia harap akan jadi teman sebantal , tak serious dalam hubungan yang telah dibina.


3.Terlalu inginkan perhatian



Lelaki seperti ini memang sangat merimaskan sekiranya pasangannya ialah seorang wanita bekerjaya. Bayangkan kalau si perempuan tu ialah doktor,kemudian lelaki tersebut pula pengangur.Ya Allah ! Kalau lelaki tersebut jenis penganggur yang boleh pakai, boleh dimaafkan juga macam jenis yang pandai masak ke tapi kalau yang apa pun tak boleh pakai.Hmm boleh tepuk dahi je la kak ton!

Tengok ni,setiap 10 minit nak attentions. Setiap 10 minit nak dilayan.Setiap 10 minit nak ada teman hilang sunyi.Setiap 10 minit nak si girlfriend reply message.Boleh hilang sabar si perempuan


3. 'Wak Doyok' tak kena tempat

Hmm bila sebut Wak Doyok,apa lagi mesti teringat misainya yang tebal sampai tutup separuh muka tu kan? Hehee dalam kes ni bukan sebab misai dia ( Kalau salah satu reasons nak tinggalkan lelaki ialah sebab misai, tak tahu la nak kata apa.Hmm Brad Pitt yang ada jambang pun Angelina Jolie tak tinggal :P ). 

Dalam kes ni sebab lelaki yang terlalu fashionista sampai tak menepati masa.Tak salah nak jadi stylo,tapi agak-agak la .Kalau selalu kita tengok, lelaki yang akan naik hantu bila tunggu perempuan melaram lama sangat,tapi jangan tak percaya ada juga tau lelaki yang kalau bersiap,berjam-jam lamanya sampaikan boleh naik fade up si perempuan.

Dalam hal ni ,kesabaran tu penting.Tapi kalau dah hari-hari nak pergi dating,tak menepati masa, kena tunggu semata-mata untuk si lelaki 'mekap',hmm lupakan saja la sebab memang ternyata si lelaki tu lebihpentingkan fashion daripada hati girlfriend yang lama berjanggut tunggu.

4. Mengongkong


Ahh salah satu sebab kenapa perempuan lebih selesa single daripada couple sebab sesetengah lelaki selalu mengongkong. Memang kadang-kadang mengongkong tu baik sebab si lelaki tu sayangkan perempuan tetapi kalau dah sampai tahap hak asasi perempuan tu dicabuli,wahhh ini sudah lebih.

Lagipun kalaulah si lelaki tu dah sah jadi seorang suami,it's okay.Tapi ni baru tahap boyfriend.Relaks la,tak payah nak jadi pak guard 24 jam sangat sebab perkara ini boleh menyebabkan si perempuan berasa rimas, tertekan,tak selesa dan akhirnya minta putus! Hmm siapa yang rugi?

5.Addict kepada gadget tak kira masa


Haa ini ialah ciri-ciri lelaki zaman smartphone sekarang ni.Pantang nampak phone,terus nak layan. Ok memang sekarang ni zaman IT,zaman segala-galanya ada di hujung jari, Tapi kalau dah masa dating , 24 jam layan phone instead of girlfriend, siapa yang tahan. 

Candy crush,Line Chat,Whatsapp,Twitter,SMS ,please tinggalkan smeua benda tu dulu masa dating dan tumpukan kepada girlfriend. Dekat rumah pun boleh dating dengan phone tu.Betul tak? Lagipun kalau setakat iPhone yang harga RM2K ++ tu penyebab hubungan terputus,baik pergi campak je iPhone tu sebab iPhone boleh dibeli, tapi wanita? Hmm...
.............

Duhai lelaki,renung-renungkanlah 5 perkara ni ok.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian girlfriend dah lari 



Tahniah Diya. 

TIPS : Jimat Bateri Smartphone Anda

Antara pengalaman paling teruk sejak guna smartphone ialah aku terpaksa cari plug masa baru sampai dari kampung naik bas. masa tu dah tengah malam. Memang duduk tepi plug aje lah kan. Disaat orang lain semua lalu depan aku dengan pandagan sinikal "tak kenal powerbank lettew". Well, I wanted to have one. But i dont want to buy it. Sampailah tunang aku datang jemput dan tengok aku dalam keadaan daif. 3 hari lepas tu, dapat powerbank free. yeay!!.. haha.

Jadi aku nak kongsi tips lah. macam mana nak jimat batteri smartphone korang tu. Tak kisahlah iphone, HTC, Samsung, Nokia dll. Tips ini universal.

1. Malap kan Skrin Telefon Anda
Kalau berada di tempat yang cerah dan mempunyai pencahayaan seperti lampu, malap kan skrin telefon untuk jimat bateri. Atau pun perkara terbaik yang boleh dibuat ialah dengan set display brightness to adjust automatically. Tetapkan skrin untuk padam selepas beberapa saat apabila ia tidak aktif dan bukan selepas beberapa minit.


2. Tutup Aplikasi yang tidak Digunakan
Ini termasuklah untuk menutup applikasi GPS, Bluetooth, NFC dan juga Wi-Fi bagi menjimatkan penggunaan bateri telefon.

3. Suhu bilik adalah yang terbaik 
Nampaknya suhu juga memainkan peranan dalam penjimatan batteri. Jangan letak telefon di tempat yang bersuhu panas - contohnya atas dashboard mahupun tempat bersuhu yang sejuk. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan batteri telefon cepat habis. Disarankan suhu terbaik ialah 32 degrees kepada 95 degrees Fahrenheit. Hah, dah macam suhu nak mengeram telur pulak. hahaha.

4. Pastikan semua Apps ditutup dengan betul 
Apps yang tidak ditutup dengan betul akan menyebabkan penggunaan batteri dan juga mungkin juga data.
Aku selalu lupa nak tutup semua apps yang masih terbuka tanpa sedar tak sampai dua minggu 2G dah habis macam tu je. Sebab lupa tutup skout. :(

5. Wifi lebih baik dari Cellular Data
Kalau nak online, adalah disarankan untuk menggunakan wi-fi berbanding cellular connectivity (data).
dikatakan Wi-Fi terbukti menggunakan lebih kurang bateri berbanding menggunakan servis 3G/4G. Selain jimat bateri dapat jugak jimat quota untuk data..

6. Sentiasa kunci telefon anda
Come on, kunci telefon?. hahaha.. Original sentence was "always lock your phone".
Ia juga boleh dijadikan langkah keselamatan supaya tidak ter telefon orang secara tidak sengaja.


adopted from : Source

Khasiat Makan Buah. Ini bukan double stemcell.

Siapa sini makan supplement nak ganti pengambilan buah sila angkat tangan?
Aku lah tu antara orangnya. 

Kata tak sempat nak pergi pasar/shopping mall tapi ada je masa nak whatsapp penjual Shaklee nak order Vitamin C sebotol. Hah.. Apa cerita cik Licha oiii.  

Paku kaca dulang serpih, kata orang aku yang lebih. 
Jadi jom makan buah. 


Seminggu sekali aku beli sekilo pelam lemak, cicah dengan kuah Mak Bee sambil baca buku. 
Tu hobi aku lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...