DIY | Bunga Hiasan Pelamin {Tema : Ungu + Putih}

DIY | Bunga Hiasan Pelamin / Hiasan Rumah
 [Tema : Ungu + Putih ]

Just how much I love being surrounded myself with flowers, I also love creating and arranging them. If I don't have anything else to do in this world i would rather become a florist. Alasannya mudah, sebab bunga boleh membuatkan seseorang yang sedang berduka menjadi gembira. Bunga juga dijadikan sebagai tanda cinta, bilangan kuntum juga membawa satu petanda.

Bagi mereka yang sukakan konsep DIY (do it yourself), bunga hiasan ini adalah sesuatu yang wajib untuk dicuba disamping dapat menjimatkan wang daripada menyewa bunga hiasan untuk pelamin. You can also add your own personal touch to your precious day. Lepas hari bahagia, boleh guna pulak untuk hias rumah. Lets create something beautiful, jom!.

Bahan- bahan yang diperlukan :
 1) Bunga Carnation warna putih
2) Pucuk Bunga warna putih
3) Bunga Hydrangea warna ungu
4) Pasu Bersaiz Kecil
5) Cutter / Pemotong
6) Gabus
Bunga Hydrangea
Pucuk Bunga
Bunga Carnation Pasu Bunga 

________________________________________

Ini adalah cara menggubah bunga hiasan yang paling asas dan mudah. Tak perlu menggunakan tapi hijau dan lidi untuk memanjangkan bunga apabila hendak dicucuk di dalam pasu sebab kita cuma  menggunakan pasu bersaiz kecil. Sila pastikan cutter yang digunakan tajam, dan potong di bahagian paling hujung jambangan.

Cara-cara membuat Bunga Hiasan Pelamin/ Hiasan Rumah

1. Potong setiap kelopak bunga dengan menggunakan cutter/pemotong dan letakkan di tepi.

2. Ukur saiz gabus dan potong mengikut bentuk pasu. Gabus yang dipotong hendaklah muat-muat dengan pasu tersebut supaya bunga terletak kukuh dan tidak senget atau tumbang.

3. Mulakan dengan mencucuk bunga carnation dibahagian tengah. Tandakan 5 point seperti bucu bintang supaya nampak lebih seimbang. Untuk bahagian tengah jambangan, biarkan bunga carnation lebih tinggi dari yang lain. Tujuanya supaya jambangan yang telah siap tidak nampak seperti penyek. (maaf tak ada gambar ketika sedang mencucuk) 

4. Kemudian, cucuk pula bunga hydrangea menggunakan kaedah yang sama diantara bunga carnation tersebut. Kalau perlu cucukkan bunga carnation dan hydrangea rapat-rapat supaya kelihatan cantik dan tidak berlopong. :)

5. Langkah terakhir ialah dengan mencucuk pucuk bunga berwarna putih. Pucuk bunga ini tidak perlu diletakkan banyak. Cukup sekadar memenuhi ruang yang ada. Ianya berfungsi sebagai hiasan tambahan.


Pandangan atas Bunga Hiasan Pelamin
Close up - Bunga Hiasan Pelamin

Selamat Mencuba. Sebarang persoalan boleh tanya kan di ruangan komen :)

27 comments

  1. wah mmg cantik utk dijadikan hiasan pelamin ni....

    ReplyDelete
  2. Cantik..I like the combination Licah...Bunga Hydrangea tu is my favorite...

    ReplyDelete
  3. gabungan ungu dan putih memang sangat cantik.>:0

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. licha minat yang simple dan tak serabut sangat. :)

      Delete
  4. Cantik & menarik.. Saya mmg minat warna purple tp purple gelap laa.. band muzik pun saya suka Deep Purple.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. ironi betul tu dengan purple :) hihi.. purple gelap cantik sangat.
      nampak mewah kalau combine dengan gold

      Delete
  5. hihi.. tak terfikir pula nak buat..
    tapi saya boleh show gambar ni pada kakak sy yg suka bab2 decorate.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. tenkiu2..
      selamat mencuba ye.

      Delete
  6. dah boleh buka kedai la camni...;)

    ReplyDelete
  7. lawanya.. :)

    singgah baca + follow
    jemput singgah sini http://akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiuuu :)
      dah bw dah. salam kenal ye

      Delete
  8. Wow cantik2.. have you heard about Ikebana before?

    ReplyDelete
    Replies
    1. the living flowers u mean?.thank you for pointing it out :)
      dah google and tengok. .cantik

      Delete
  9. Cantiknya gabungan warna,menyejukkan mata yang memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Lynn :) selamat mencuba ye

      Delete
  10. salam perkenalan.. cantik nya... cuma sy ni tak baper kreatif.. kalau ada bunga tu biasa susun2 biasa je.. takde gubah2... hihihi... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu singgah blog licha ye :) kalau minat boleh la asah bakat . insyaAllah dah banyak kali praktis dapat jadi cantik

      Delete
  11. Replies
    1. boleh cuba dear :) cucuk-cucuk then siap .

      Delete
  12. Cantik..kreatif..boleh bukak kedai dah ni..

    ReplyDelete
  13. cantik2 walaupun bunga plastik.. nice tips :)

    ReplyDelete
  14. wah...cantiknya...kreatif...

    ReplyDelete
  15. wah...cantiknya...kreatif...

    ReplyDelete