REVIEW | Egyptian Magic Cream

"The secret to stay young is to live honestly, eat slowly and use Egyptian Magic Cream"

Review produk kali ini dibawakan kepada anda oleh Natta Cosme
Pastikan baca entry sampai habis sebab ada surprise yang menanti ! Yeay!!! .
     Secara ringkas, Egyptian Magic Cream ialah sejenis cream yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan boleh digunakan diseluruh tubuh badan seperti rambut, tumit, lutut, siku, muka dll terutamanya bagi yang memiliki kulit yang bermasalah :) 

     Dari segi tekstur boleh dikatakan lebih kurang dengan Petroleum gel dari Vaselin. Cuma ianya lebih mudah meresap kedalam kulit dan tidak meninggalkan rasa melekit-lekit. Bahan asas bagi krim ini ialah madu, dan paling best ialah krim ini tidak mempunyai bau dan tidak ditambah pewangi / perfume. Sounds good right?.

     Krim ini seeloknya simpan didalam bekas berasingan, supaya baki tidak rosak. Caranya ialah dengan meletakkan di dalam bekas krim. Krim ini jugak agak menjimatkan dan tahan lama, anggaran 15 ml boleh dipakai sehingga 3 bulan, <- aku pakai setiap hari sebagai mosturizer. Kalau sebotol 59ml boleh tahan lebih dari setahun.

 Antara bahan- bahan bagi Egyptian Magic Cream ialah :
     -Minyak Zaitun / Olive Oil
     -Madu / Honey
     -Lilin lebah / Beeswax
     -Royal Jelly
     -Propolis
     -Debunga lebah / Bee Pollen
kesemua bahan tersebut ialah bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan tambahan

Apa yang aku suka mengenai Egyptian Magic Cream :
~ Sejak pakai 4 bulan lebih setiap hari, jerawat tak naik langsung. Parut jerawat lama pun dah mula pudar.
~ Bila bangun tidur kulit nampak fresh dan lembab. Kulit aku mempunyai masalah kulit kering dan kadang-kadang jadi gatal-gatal. So far, so good. Sangat sesuai sebagai mosturizer dan juga di sapu di bahagian mata.
~ Boleh disapu di tangan, muka, rambut, tumit dan lutut. Yang aku perasan, krim ini boleh mengurangkan tumit kering (tested on my husband). Cuma tumit merekah aku tak pasti, mungkin ambil masa sikit.
~Garis halus di muka pon dah kurang terutamanya garis yang kelihatan kalau kita senyum tu. :)
~Cepat meresap ke dalam kulit dan tak rasa melekit lepas pakai. Aku pakai lepas cuci muka -> letak toner -> egyptian magic -> foundation ->loose powder. Dah siap. Tak tebal dan nampak natural.
~Gigitan serangga dapat dihilangkan dengan krim ini. Ruam, bintik merah dan kesan calar pon boleh.
~ Bahan- bahan yang digunakan sangat natural tidak mengandungi bahan kimia/ campuran merbahaya. 

Apa yang aku kurang suka mengenai Egyptian Magic Cream:
~ Harga yang mungkin agak mahal
~ Rambut aku jadi melekat dan membentuk lump (macam lembab baru lepas mandi) kalau letak krim ini.

Cara - cara menggunakan Egyptian Magic Cream boleh rujuk gambar & video dibawah:

video 
Apabila krim telah cair, sapu dan urutkan seketika di bahagian tersebut supaya dapat menyerap dengan baik dan mendapat hasil yang di ingini. 
Secara keseluruhan, aku bagi 5/5  untuk produk ini. 
Highly recommended to all of you. :) 

Ingin mencuba magic daripada Egyptian Magic Cream ? 
     Berita baik kepada semua pembaca, klik link ini http://www.nattacosme.com/emc-giveaway-event ,
untuk soalan pertama sila isi nama blogger - NORA LIZA SABBERI, dan diikuti dengan butiran pembaca. 
~3 pembaca bertuah akan menerima 2 pakets Egyptian Magic Cream 3ml. 
~Tarikh tutup pada 15 Julai 2014
~Pengumuman pemenang akan di buat pada 1 Ogos 2014 di page facebook : Natta Cosme

Good luck :) 


19 comments

  1. owh suka jgk produk yg boleh moistrize kulit muka
    bgn2 rsa syok
    MG ada beli 1 yg savee punya
    sebekas besau
    ntah brape bulan ntah nk abe
    tp xmlekat truk la klo kena rmbut :)

    ReplyDelete
  2. padan la mahal pun..boleh guna satu badan..kan??

    ReplyDelete
  3. Wah ! macam best je , kite da masuk GA tu juga. Try try luck. :D

    ReplyDelete
  4. Macam syok :D


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  5. produk yang menggunakan bahan2 semula jadi tanpa sebarang bahan kimia memang antara produk yang dijamin ada kesan positif heeee :D

    ReplyDelete
  6. 1st time tgk & dgr pasal product ni..but sound good..nk try lah join..;)

    ReplyDelete
  7. kalau hsl bagus hrga tu jd no 2 kan =)

    ReplyDelete
  8. macam bagus jer cream ni... agak mahal tu kan best bagitau sekali dengan harga. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. haha.. mahal jugak la kalau setakat 1 krim 89 ringgit. tapi utk jangka masa panjang memang ok la

      Delete
  9. wow..this is good..5/5..kena cubalah macam ni..Thanks Licha..

    ReplyDelete
  10. Nice review liza.. :)

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Bagus itk perempuan.. berbaloi sbb boleh utk pelbagai kegunaan... Salam Ramadhan Licha.. :)

    ReplyDelete
  12. Boleh try ni....senang kan satu produk untuk satu badan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. sangat sesuai.. :) lagipun dia natural products .

      Delete
  13. dah try pun... mmg berkesan.. kulit jadi moist! happy!! =)

    ReplyDelete



  14. Do You need Unsecured Personal Loan?
    debt consolidation, home improvements Loan?,
    Loan To start a new business.
    Car loans,Mortgage loans Business Loans?
    International Loans Personal Loans?
    Apply for a Loan from £10,000.00 to $150,000.00
    with no collateral required
    email:greenlightcapitalcorporation@gmail.com

    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Email Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)

    ReplyDelete