CPUV : Thank You Nuffnang & Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya :) 

Alhamdulillah, rezeki murah di Aidilfitri dengan bilangan CPUV yang bertambah dari hari ke hari. 
Kalau dulu nak dapat 1 pun kena tunggu sampai setahun. :)
 




 
Terima kasih untuk semua pembaca dan pengunjung blog ini. As a token of appreciation, i have planned to make a giveway. But was soo busy. InsyaAllah lepas raya/bulan Ogos aku buat ye.

Gambar Raya.

Mintak maaf banyak-banyak apa yang terkurang atau terlebih komen dekat blog korang. 
 Selamat Hari Raya Semuaa.....
 

Review | Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner (Stardust)

Miss Hana Eyeliner (Stardust) | Di datangkan dengan 2 jenis variasi warna iaiatu 02 Galaxy Black dan 04 Golden Brown.Sejak aku menggunakan Miss Hana, memang tak guna jenama lain lagi dah. For me once I set my eyes at something, I will never look somewhere else.Coz I am very loyal like dat.

Untuk membaca review mengenai  Miss Hana Eyeliner yang lepas boleh klik link dibawah

Simply because i love the texture and how easy to apply and it is waterproof. I rarely use liquid eyeliner because its hard to keep my hand steady and to wear it in 5 minutes, pencil line is the best option i can go with. Lets get exited shall we?. *giggles* 
Apa yang membuatkan eyeliner Miss Hana istimewa ialah terdapat "stardust". Nampak glamor dan sesuai untuk dipakai ke majlis makan malam ataupun ke pejabat. Tak perlu untuk tekan kuat bagi mendapat hasil yang cantik dan terang. Dalam erti kata lain ianya lebih menjimatkan tak perlu letak tebal-tebal.
See for yourself, its totally waterproof. Boleh gunakan waterproof make up remover atau pun minyak zaitun. 
Ia nya mudah untuk di hilangkan walaupun mampu bertahan lama, tak goyang dek hujan. Kukuh dan ampuh.
Ini membuatkan pemakaian eye liner lebih kemas dan tidak comot.

Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner (Stardust) | 02 Galaxy Black
 
Mata nampak lebih besar dengan menggunakan Miss Hana eyeliner | Galaxy Black.
 
Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner (Stardust) | 04 Golden Brown
Bagi aku Miss Hana eyeliner | Golden Brown  warnanya lebih subtle, tidak terlalu terang dan lebih natural. Khusus untuk orang yang tidak mahu kelihatan terlalu bold.

Secara keseluruhan, eyeliner dari Miss Hana memang tak pernah mengecewakan aku. Kekal elok dari pagi sampai ke petang. Cara pemakaian juga lebih kemas. Itu adalah antara sebab lain kenapa aku lebih sukakan eyeliner jenis pensil berbanding cecair.

Good News |
*Nikmati diskaun 20% bagi Miss Hana Waterfroof Gel Liner dari Natta Cosme, masukkan kod "MHES 20" ketika pembelian.
*Sah sehingga : 31/08/2014

Selamat Mencuba :)


Jalan-Jalan Langkawi | Beras Terbakar di Padang Mat Sirat

Orang kata kalau pergi Langkawi, kena singgah Beras Terbakar yang terletak di Padang Mat Sirat untuk tengok tinggalan sejarah sambil shopping kain batik. Jadi sampai je Langkawi terus ke Beras Terbakar Langkawi sebelum check in Hotel di Pekan Kuah. Bagi yang berminat untuk mengetahui kisah mitos Beras Terbakar boleh klik link ini -> Beras Terbakar Langkawi, Kedah .

 Kawasan tempat beras terbakar. Dulu dikatakan apabila waktu hujan akan kelihatan beras tersebut.
 Sebahagian daripada beras terbakar yang masih ada. Bercampur dengan batu-batu kecil. 
 
Orang ramai boleh melalukan sumbangan dengan meletakkan duit di dalam tabung yang disediakan.

Selain melihat tempat bersejarah, ada banyak kedai-kedai kecil yang disediakan. Antara barangan yang dijual ialah kain batik, kain pelikat, barangan cenderamata Langkawi, t-shirt dan lain-lain. Boleh dikatakan agak murah lah barang di sini.
 Terdapat seolah-olah 1 terowong yang dipenuhi dengan kedai-kedai. Tambahan pula ada bumbung, jadi nak membeli belah lebih selesa. :) Pendapat aku ok la kalau singgah nak jalan-jalan.

Jalan-Jalan Langkawi | Dayang Bay Serviced Apartment & Resort



Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi | Kesempatan bercuti bersama keluarga pada bulan Jun yang lalu membawa aku dan keluarga ke Langkawi. Its been so long, last time I went was 2 years ago. When i was single and only have 2 nieces and 1 nephew. Now I am married and its my husband's first time being there. Ok First Time pergi. Note that. :)

Sama jugak macam dulu, kali ini tinggal 3 hari 2 malam di Pekan Kuah di hotel yang berbeza. Dayang bay Serviced Apartment & Resort beralamat di Persiaran Pelangi, 07100 Langkawi, Kedah. Ia baru beroperasi lebih kurang 6 bulan. Jadi pandangan pertama ialah -- Cantik, Moden dan Selesa.

--> Pandangan tentang Dayang Bay Serviced Apartment & Resort:

Ramai foreigner yang tinggal di situ. Majoriti nya ialah gang mak & pak arab (yang pakai serba hitam tu). Ada jugak lah mat saleh, tapi tak ramai. Kami check in hari Ahad, check out hari Selasa jadi memang tak ramai sangat lah orang tempatan. Memandangkan cuti sekolah baru je habis.

Menu sarapan pagi yang pelbagai jenis--fruit salad, salad, ham, sausage, roti bakar, mee goreng, kuaytiao, bihun, cereals, etc. tapi tak ada nasi lemak . Kecewa sikit lah. Menu bertukar setiap hari. Contohnya hari ini ada mashed potato, esok ada potato wedges.

Dari segi facilities, boleh dikatakan agak lengkap setiap bilik menyediakan peti ais, oven, hair dryer, water heater, dan barang-barang asas yang lain tetapi bergantung kepada jenis bilik yang pilih. Iron tidak ada sebab diorang dah sediakan ironing room di tingkat 2. Oh ya, sejadah kalau nak kena request dari receptionist.

Terdapat 1 tempat untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Cuma terdapat 3 jenis pilihan iaitu Ping pong, Snooker dan Foosball. Pada waktu malam mungkin agak crowded sikit, tapi waktu siang memang tak ada siapa pon dekat sana.

Tarikan lain ialah Kolam Renang yang besar dan banyak kerusi disediakan untuk baring-baring santai sambil baca novel. Kalau tak nak bersesak di dalam kolam utama, boleh mandi di kolam renang khusus untuk wanita. What a thoughtful hotel. :)

Akan datang -- Kids Club. Untuk masa sekarang masih lagi baru nak set up.

--> Gambar di sekitar Dayang Bay Serviced Apartment & Resort 


Pemandangan dari balkoni bilik aku di Tingkat 3.

Kolam Renang Wanita yang mengadap laut dan mempunyai atap.
Bilik yang mengadap pantai (sea view) sangat cantik, disarankan untuk pilih tingkat 3 dan ke atas. 
Dapat tengok kapal dan bot pada waktu petang.

 Kawasan Lobby dan Reception. Receptionist cakap Kedah baq hang. :)
 Pemandangan lobby pada waktu malam. Cantik kan?. And i guess they have the biggest chandelier I have seen entire life.
Antara pokok yang terdapat di sana. Sangat cantik, feeling- feeling oversea gitu
Terdapat banyak bilik yang di tawarkan di Dayang Bay Serviced Apartment & Resort. Warna bangunan ini mengingatkan aku kepada kuarters kediaman pegawai polis. Korang tak rasa gitu? . haha.
Pelancong yang baru sampai  dan menunggu masa untuk check in.
Tempat aktiviti riadah -- antaranya ialah Snooker, Foosball, Ping pong. 


Cantik bukan?. Secara keseluruhan, selama 3 hari 2 malam aku sekeluarga sangat berpuas hati dengan servis yang cepat dan mesra. Bagi yang bercadang untuk ke Langkawi boleh la tinggal di Dayang Bay Serivced Apartment & Resort.
http://www.dayangbayresort.com/
Klik gambar untuk ke website :) Selamat Melancong.

REVIEW | Egyptian Magic Cream

"The secret to stay young is to live honestly, eat slowly and use Egyptian Magic Cream"

Review produk kali ini dibawakan kepada anda oleh Natta Cosme
Pastikan baca entry sampai habis sebab ada surprise yang menanti ! Yeay!!! .
     Secara ringkas, Egyptian Magic Cream ialah sejenis cream yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan boleh digunakan diseluruh tubuh badan seperti rambut, tumit, lutut, siku, muka dll terutamanya bagi yang memiliki kulit yang bermasalah :) 

     Dari segi tekstur boleh dikatakan lebih kurang dengan Petroleum gel dari Vaselin. Cuma ianya lebih mudah meresap kedalam kulit dan tidak meninggalkan rasa melekit-lekit. Bahan asas bagi krim ini ialah madu, dan paling best ialah krim ini tidak mempunyai bau dan tidak ditambah pewangi / perfume. Sounds good right?.

     Krim ini seeloknya simpan didalam bekas berasingan, supaya baki tidak rosak. Caranya ialah dengan meletakkan di dalam bekas krim. Krim ini jugak agak menjimatkan dan tahan lama, anggaran 15 ml boleh dipakai sehingga 3 bulan, <- aku pakai setiap hari sebagai mosturizer. Kalau sebotol 59ml boleh tahan lebih dari setahun.

 Antara bahan- bahan bagi Egyptian Magic Cream ialah :
     -Minyak Zaitun / Olive Oil
     -Madu / Honey
     -Lilin lebah / Beeswax
     -Royal Jelly
     -Propolis
     -Debunga lebah / Bee Pollen
kesemua bahan tersebut ialah bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan tambahan

Apa yang aku suka mengenai Egyptian Magic Cream :
~ Sejak pakai 4 bulan lebih setiap hari, jerawat tak naik langsung. Parut jerawat lama pun dah mula pudar.
~ Bila bangun tidur kulit nampak fresh dan lembab. Kulit aku mempunyai masalah kulit kering dan kadang-kadang jadi gatal-gatal. So far, so good. Sangat sesuai sebagai mosturizer dan juga di sapu di bahagian mata.
~ Boleh disapu di tangan, muka, rambut, tumit dan lutut. Yang aku perasan, krim ini boleh mengurangkan tumit kering (tested on my husband). Cuma tumit merekah aku tak pasti, mungkin ambil masa sikit.
~Garis halus di muka pon dah kurang terutamanya garis yang kelihatan kalau kita senyum tu. :)
~Cepat meresap ke dalam kulit dan tak rasa melekit lepas pakai. Aku pakai lepas cuci muka -> letak toner -> egyptian magic -> foundation ->loose powder. Dah siap. Tak tebal dan nampak natural.
~Gigitan serangga dapat dihilangkan dengan krim ini. Ruam, bintik merah dan kesan calar pon boleh.
~ Bahan- bahan yang digunakan sangat natural tidak mengandungi bahan kimia/ campuran merbahaya. 

Apa yang aku kurang suka mengenai Egyptian Magic Cream:
~ Harga yang mungkin agak mahal
~ Rambut aku jadi melekat dan membentuk lump (macam lembab baru lepas mandi) kalau letak krim ini.

Cara - cara menggunakan Egyptian Magic Cream boleh rujuk gambar & video dibawah:

video 
Apabila krim telah cair, sapu dan urutkan seketika di bahagian tersebut supaya dapat menyerap dengan baik dan mendapat hasil yang di ingini. 
Secara keseluruhan, aku bagi 5/5  untuk produk ini. 
Highly recommended to all of you. :) 

Ingin mencuba magic daripada Egyptian Magic Cream ? 
     Berita baik kepada semua pembaca, klik link ini http://www.nattacosme.com/emc-giveaway-event ,
untuk soalan pertama sila isi nama blogger - NORA LIZA SABBERI, dan diikuti dengan butiran pembaca. 
~3 pembaca bertuah akan menerima 2 pakets Egyptian Magic Cream 3ml. 
~Tarikh tutup pada 15 Julai 2014
~Pengumuman pemenang akan di buat pada 1 Ogos 2014 di page facebook : Natta Cosme

Good luck :)