Tanda-tanda Hidup Tak Berkat


Kaf-Ba-Ra-Kaf-Ta-Nun. Keberkatan. 

hah, Topik yang agak berat bagi aku dan sejujurnya kalau berpandukan satu perkataan ini nak tulis karangan untuk SPM memang aku akan termenung panjang.
Sebab yang aku tau cuma-- Kalau kerja makan gaji buta atau banyak ponteng lepak pantry lelama nanti duit gaji yang kita dapat tak tu berkat. Itu sebab kalau gaji besar pun masih rasa tak cukup. Itu apa aku paham selama ini.  and honestly to elaborate it further I have no clue. 


Beberapa tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:


1. Duit banyak, tapi cepat habis.



Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja tapi tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


________________________________
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Sama-samalah kita bermuhasabah diri. 

Jadi sesiapa yang pandai mintak tolong sikit tunjuk jalan yang lurus di bahagian komen. 


p:s (senarai tanda-tanda hidup tak berkat aku copy paste dari post FB kawan aku, harap maklum)

19 comments

  1. hal macam ni hanya yang pakar je boleh elaborate..ika belajar benda ni dulu masa amik syariah time skola..tapi ilmu tak tinggi mana...tak berani nak main cakap je...apa pun semoga kita dijauhkan daripada tanda2 sebegini...kalau ada, cepat2 ubah...kan licha? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear :) bab keberkatan ni memang payah nak justify. tapi untuk tanda2 tu eloklah kalau kita berusaha untuk jauhi

      Delete
  2. Sama2 la kita muhasabah dri..perbaiki lg apa yg ptt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat my dear :) keep hard on getting better

      Delete
  3. sama2 kt perbetulkan balik

    inshaaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Yui :) kena salu muhasabah kan

      Delete
  4. ya'allah... semoga ina jauh dari semua ni... keberkatan la paling utama dalam setiap amalan yg kita buat... risau jika dipersoalkan di alam sana.... subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dear :) kena salu beringat jugak kan

      Delete
  5. Thanks licha. Perkongsian yang baik Kena muhasabah diri...

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg diberkati kehidupan seluruhnya... aamiin..
    3x whisper sbg penghargaan.. mudah2an berkat.. :)

    ReplyDelete
  7. info yang bagus..kdg2 kita tak sedar y kelakuan kita sharian membuatkan kehidupan kita tak berkat..

    ReplyDelete
  8. hidup xberkat masa berlalu siasia ruginya...

    ReplyDelete
  9. antara perkara2 yang kita tak mahu... huhuhu...

    ReplyDelete
  10. Thanks Liza atas peringatan ini..semoga hidup kita akan sentiasa diberkati olehNya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..
    terima kasih kerana mengingati....

    ReplyDelete
  12. saling ingat mengingati....muhasabah diri...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  13. semoga apa yang kita buat diberkati Allah..aminnn

    ReplyDelete
  14. Artikel ni copy paste ke..bukak 10 blog...10-10 tulis bnda sama sebijik

    ReplyDelete