Kegunaan Kopi Untuk Kecantikan

Kopi memang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.  Harini aku nak kongsi 5 kegunaan kopi untuk kecantikan dan lain-lain. Bau kedai kopi je pon dah cukup untuk buat aku happy. Bukan starbucks itu aku tak mampu. behee..

Antara kebaikan kopi yang boleh digunakan ialah: 

1. Menghilangkan bau 
Letakkan serbuk kopi di dalam bekas terbuka di dalam kereta untuk menghilangkan bau yang kuat contohnya bau makanan. Serbuk kopi akan menyerap bau yang terdapat di dalam kereta. Hah, jimat. No more Glade. Selain kereta, boleh juga di letak di dalam peti sejuk. 

2. Membersihkan Muka 
Memandangkan aku suka berjimat, kopi memang antara kegemaran aku kalau nak membersihkan muka --
gunakan untuk mencuci muka bagi membuang sel kulit mati. Gosokkan perlahan-lahan seperti gaya menggosok scrub St. Ives ke muka anda. behee.. 

3. Mewarnakan & Mengilatkan Rambut
Air kopi yang dibancuh pekat tanpa gula boleh digunakan untuk mewarnakan rambut & mengilatkan ia. Ya, betul. Cara paling mudah ialah bancuh kopi dengan pekat dan gunakan air tersebut dan letakkan pada rambut (rendam/ sapu) dan biarkan untuk 1/2 jam. Selepas itu cuci dengan shampoo bagi menghilangkan bau kopi. Cara kedua ialah campurkan air kopi dengan conditioner/ shampoo. Dan lumur dan gosokkan di kepala. Warna mampu bertahan lebih kurang 2 minggu.

4. Mengurangkan Selulit
Kita boleh membantu meratakan permukaan kulit gelebeh dan selulit dengan menggunakan kopi. 
Gaulkan1/4 cawan serbuk kopi suam (yang telah digunakan)  dengan 1 sudu besar minyak zaitun dan lumurkan di kawasan yang bermasalah. Paling bagus untuk buat 2 kali seminggu. --tips dari Michelle Phan. 

5. Membersihkan &  Menghilangkan bau tangan
Secara asasnya kopi memang boleh digunakan untuk seluruh badan sebagai scrub (penggosok?). 
Kalau siang ikan atau mencuci ayam, pastinya tangan kita akan mempunyai bau yang tidak enak. Maka....
Ambil serbuk kopi dan gosok kedua belah tangan. Bau hilang dan kulit pun akan bersih. 

52 comments

  1. setiap sesuatu tu mesti ada kebaikan dia kan licha, tapi sayangnya ika tak boleh minum kopi, jadi sakit kepala =..="

    ReplyDelete
    Replies
    1. licha ada jugak kawan macam tu dear :) memang tak boleh nak tolerate coffee langsung.
      tapi tak pe. boleh minum yang lain kan. behee

      Delete
  2. setiap pekara di dunia ini pasti ada kebaikannnya ..wahh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jugak kalau ada kopi kat rumah. macam2 kegunaan. :)

      Delete
  3. seriously??? scrub muka? kena cuba ni!!! bangun2 je bau kopi muka.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes i did it like seriously. behee.. serbuk kopi yang akmall dah bancuh tu kan letak minyak jaitun kalau ada, then scrub. :) jimat kot.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Wah.. bagus info ni.. lepas ni pasti bertambah cantiklah muka saya ni huhu.. nice sharing Licha.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya membawa manfaat :) hihi.. boleh jugak kan khir. jimat skit dari guna produk kecantikan yang sembarangan

      Delete
  6. banyak rupanya kegunaaan nya...nantiboleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm.. memang banyak.. :) dijemput cuba

      Delete
  7. Sedapnya minum kopi..Fiza memang pencinta kopi cuma skang kena stop dulu minum =__='

    ReplyDelete
    Replies
    1. preggo ke dear :) hihi.. hm.. tu la licha pun mmg kuat minum kopi kalau tak memang rasa tak segar

      Delete
  8. Good info Licha..nanti boleh try..

    ReplyDelete
  9. banyak khasiat kopi.. yang tahu minum jer.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi :) suka jenis yang mana dear?

      Delete
  10. byk khasiat tp yui jrg minum kopior guna apa2 kaitan kopi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah orang memang tak boleh tahan minum kopi :)

      Delete
  11. lepas nak kene sental muka dgn kopi....ala tp syg lak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna yang dah bancuh air tu. tak membazir :)

      Delete
  12. Saya kalau dengan kopi ni tak boleh minum waktu malam. Kalau minum, alamat jadi burung hantu la malam tu. haha

    ReplyDelete
  13. tapi ada org kata.kalau migrain elakkan minum kopi...ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... susah jgak kan.?.
      Ni experience licha. Masa asrama dulu-- ada migrain sejak form 2 sampai sekarang. Teruk jugak.
      Tapi licha minum jugak nescafe/ kopi dengan banyak kadang-kadang sampai 6 paket sehari.
      Cuma sekarang sejak bekerja dah kurangkan sikit. 2 cup je maximum. beheee..

      Delete
  14. tau yg number 1 tu je. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lain tu pon boleh cuba dear :)

      Delete
  15. wah banyak yang nasuha tak tahu tentang kelebihan kopi ni...nasuha mmg suka minum kopi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita.. hihi.. paling penting kena ada kopi :)

      Delete
  16. ehh bersih muka pun bleh ye.. 1st time plak tahu.. bleh cuba ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dear.. buat scrub muka.. bagus jugak. licha buat dengan kopi kapal api. hihi

      Delete
  17. Replies
    1. boleh la cuba untuk kecantikan sis

      Delete
  18. nice share.. mmg serbuk kopi terkenal kerana mempunyai sifat menyerap wap air jika dibiarkan terbuka. mungkin sbb tu dia boleh 'sedut' bau2 yg kurang menyenangkan sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menabung darlie sini.. :)

      Delete
    2. tenkiuuuu :) ha. betul tu Pha Is, tapi kalau bau kedai kopi je pon dh ckup sedap..

      Delete
  19. nice tips liza...thanks for sharing...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba mana yang patut ye .. hihi

      Delete
  20. Ermmm..no 4 tuuu macam boleh cuba jewww....mcm tebai jaaa selulit....kih3...
    no 5 tuu ponn boleh try.....bese basuh sabun kan xberapa hilang bau hanyir

    ReplyDelete
  21. Mmg betul2 kan? Nk beli rasa mahal pula hehehe

    ReplyDelete
  22. wah.. terima kasih tips ni...ada banyak serbuk kopi nak dibuang ni...boleh digunakan hehe

    ReplyDelete
  23. Hai..Nak tanya..Boleh guna apa apa jenis kopi ??

    -fina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear. Aslkan biji kopi yg tak bercampur dgn gula atau yg telah diproses.

      Delete
  24. Assalamualaikum.. Kalau guna kopi instant indocafe boleh ke ? - feeya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear. instant coffee tak digalakkan. sebolehnya guna biji kopi kasar. :)

      Delete