SUANA ZHAR: 5 tanda patut tinggalkan aje lelaki tu


boleh singgah blog beliau di SUANA ZHAR 

uniknya pasal penyertaan beliau ialah dengan menyatakan di dalam bentuk pantun. Thumbs up !. Sebab genius betul kalau aku tak pernah pulak terpikir nak berpantun ke bersyair ke di dalam entry. Yelah nok, mak tak kreatip..

1. Tak ada wawasan atau impian

seorang lelaki patutnya memiliki impian atau perancangan untuk masa depan. Kalau dia sendiri tak tahu apa dia nak, mesti dia pun akan terus hidup macam tu tanpa arah tuju. Ambil contoh- Korang dah kapel, sekali tanya bila kita nak kahwin?. jawapannya "tak tahu". OK!. that's the cue for you to leave him. If the guy is serious enough, he will create something or come up with a plan. Bercinta nak, kahwin tak sudi!. macam mana tu?

2. Tak serious dalam sesuatu

Asal tanya semua di mainkan,
maka kerana itu sering mengundang pertelingkahan,
macam itu kah bakal suami pilihan?,
alamat rumahtangga jadi medan menguji ketangkasan elak balingan pinggan.

3. Asyik suruh belanja

Aku makan kau bayar,
kau makan kau bayar,
senang cerita korang ikat je dia kat pagar,
bagi dia makan tayar.

4. Terlalu mengongkong

Soal selidik mengalahkan polis,
saban hari hati tersinggung,
kena melapor walau sekadar tengah mengunyah ikan bilis,
terasa hidup bagai di kongkong

5. Tidak solat

Di ajak solat di beri alasan,
nak kata period dia jantan,
macam tu nak jadi suami jangan lah perasan,
konfem mertua tak berkenan.

Follower beliau pon boleh tahan ramai, jadi kalau dah ramai yang follow maka terbukti la blog dia memang best. Pergi blog dia jom  . 



p/s: Aku baru nak update pasal entry kahwin hari tu. jadi harap bersabar ye.. :) 

14 comments

  1. cantiknya akak licha..... warna badge ke ni kak??? super awesome la.... tahniah kak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. itu gambar kahwin :) tenkiuu.. entry penuh nnti akak buatkan ye. kena tunggu sikit la sebab sekarang super duper bz.

      Delete
  2. wahhhh hahaha tinggal je dia!!! Hihih thanks sissss <3333

    ReplyDelete
  3. Setuju aje Licha...leave him alone..he..he

    ReplyDelete
  4. ohhhhh myyyy, licha dah majlis????? ika tak tahu pun hmmmmmm
    sorry licha, busy practical sampai tak sempat jengah blog licha....huk....tak dapat nak attend T_T
    anyway, congratulation licha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Pandai pantun Suana Zhar ni. Mesti BM time SPM dulu dapat A1.

    ReplyDelete
  6. memang patut tinggalkan lelaki macam tu.. menabung churp2..
    p.s: selamat pengantin baru licha... semoga diberkati Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. :D

    ReplyDelete
  7. no 5 tu paling paling paling setuju! huhu

    ReplyDelete
  8. tinggalkan sebelum kawen.. lepas kawen susah sebab byk perkara kena fikir bukan boleh main tinggal2 camtu jer

    ReplyDelete
  9. No 5 tu memang sangat ohsem...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. No 5 tu memang sangat ohsem...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete