TIPS : Jimat Bateri Smartphone Anda

Antara pengalaman paling teruk sejak guna smartphone ialah aku terpaksa cari plug masa baru sampai dari kampung naik bas. masa tu dah tengah malam. Memang duduk tepi plug aje lah kan. Disaat orang lain semua lalu depan aku dengan pandagan sinikal "tak kenal powerbank lettew". Well, I wanted to have one. But i dont want to buy it. Sampailah tunang aku datang jemput dan tengok aku dalam keadaan daif. 3 hari lepas tu, dapat powerbank free. yeay!!.. haha.

Jadi aku nak kongsi tips lah. macam mana nak jimat batteri smartphone korang tu. Tak kisahlah iphone, HTC, Samsung, Nokia dll. Tips ini universal.

1. Malap kan Skrin Telefon Anda
Kalau berada di tempat yang cerah dan mempunyai pencahayaan seperti lampu, malap kan skrin telefon untuk jimat bateri. Atau pun perkara terbaik yang boleh dibuat ialah dengan set display brightness to adjust automatically. Tetapkan skrin untuk padam selepas beberapa saat apabila ia tidak aktif dan bukan selepas beberapa minit.


2. Tutup Aplikasi yang tidak Digunakan
Ini termasuklah untuk menutup applikasi GPS, Bluetooth, NFC dan juga Wi-Fi bagi menjimatkan penggunaan bateri telefon.

3. Suhu bilik adalah yang terbaik 
Nampaknya suhu juga memainkan peranan dalam penjimatan batteri. Jangan letak telefon di tempat yang bersuhu panas - contohnya atas dashboard mahupun tempat bersuhu yang sejuk. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan batteri telefon cepat habis. Disarankan suhu terbaik ialah 32 degrees kepada 95 degrees Fahrenheit. Hah, dah macam suhu nak mengeram telur pulak. hahaha.

4. Pastikan semua Apps ditutup dengan betul 
Apps yang tidak ditutup dengan betul akan menyebabkan penggunaan batteri dan juga mungkin juga data.
Aku selalu lupa nak tutup semua apps yang masih terbuka tanpa sedar tak sampai dua minggu 2G dah habis macam tu je. Sebab lupa tutup skout. :(

5. Wifi lebih baik dari Cellular Data
Kalau nak online, adalah disarankan untuk menggunakan wi-fi berbanding cellular connectivity (data).
dikatakan Wi-Fi terbukti menggunakan lebih kurang bateri berbanding menggunakan servis 3G/4G. Selain jimat bateri dapat jugak jimat quota untuk data..

6. Sentiasa kunci telefon anda
Come on, kunci telefon?. hahaha.. Original sentence was "always lock your phone".
Ia juga boleh dijadikan langkah keselamatan supaya tidak ter telefon orang secara tidak sengaja.


adopted from : Source

14 comments

  1. aah smartphone mudah habis bateri
    utk online main game..x sedar bateri hampir kong
    nice tips dri licha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan.. salu je kena charge...

      Delete
  2. nice sharing..no.5 tu memang betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi licha ni memang pakai data je. so 24 jam online. walaupon pergi tempat ada wifi.
      kena improve lagi pasni.. hihi

      Delete
  3. Yes, nak dpt powerbank jugaklah.. buat2 selalu kong ncet.. boleh cik licha? Heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Kalau cik gee bertuah. Dapat enset baru... haa. Alhamdulillah la walaupon sekadar 3310 yg batteri nya tahan selama- lamanya. Haha

      Delete
  4. Baru saya tau suhu bilik pun main peranan juga ye.. nice sharing Licha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. suhu pun ada peranan jugak. hihi

      Delete
  5. Thanks Licha...kita sellau lupa nak off apps..sure bat cepat habis..

    ReplyDelete
  6. betul tu liza..sebab tu bila kat umah saya off data and gunakan wifi jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. smartphone ni cpt abis baterilah....hmmmmm...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  8. selalu buat mcm diatas tp biasalah klu dah 24 jam duk tgk hp je confirm cpt abes!

    ReplyDelete