PEMENANG : 5 Tanda Patut Tinggalkan Je Lelaki Tu

Alhamdulillah :)

Licha dah jumpa pemenang untuk Giveaway yang licha anjurkan hari tu.
Tahniah .

Dan pemenangnya ialah:

Tahniah kepada pemenang, bagi peserta yang lain, jangan risau.
Semua entry penyertaan akan dipublish satu persatu setiap minggu. OK?.
Terima kasih semua.. 

----

Ciri-ciri lelaki yang memang tak boleh belah nak buat calon boyfriend/ menantu

1. Tak ada wawasan atau impian

Seorang lelaki patutnya memiliki impian atau perancangan untuk masa depan. Kalau dia sendiri tak tahu apa dia nak, mesti dia pun akan terus hidup macam tu tanpa arah tuju. Ambil contoh- Korang dah kapel, sekali tanya bila kita nak kahwin?. jawapannya "tak tahu". OK!. that's the cue for you to leave him. If the guy is serious enough, he will create something or come up with a plan. Bercinta nak, kahwin tak sudi!. macam mana tu?


2. Tak serious dalam sesuatu

Lelaki yang tak serious dalam sesuatu biasanya akan memainkan hati perempuan. Ye lah, cuba bayangkan kalau seseorang  perempuan memang dah lama serious dan tunggu masa untuk lelaki tu propose, tapi tiba-tiba tak jadi.Banyak alasan tak munasabah yang lelaki tu bagi ."Alaa,umur kita still muda la,tak payah nak rush sangat kahwin.Kita enjoy dulu ok single life".WHAT?? Memang hancur luluh lah hati seorang perempuan bila lelaki yang dia harap akan jadi teman sebantal , tak serious dalam hubungan yang telah dibina.


3.Terlalu inginkan perhatian



Lelaki seperti ini memang sangat merimaskan sekiranya pasangannya ialah seorang wanita bekerjaya. Bayangkan kalau si perempuan tu ialah doktor,kemudian lelaki tersebut pula pengangur.Ya Allah ! Kalau lelaki tersebut jenis penganggur yang boleh pakai, boleh dimaafkan juga macam jenis yang pandai masak ke tapi kalau yang apa pun tak boleh pakai.Hmm boleh tepuk dahi je la kak ton!

Tengok ni,setiap 10 minit nak attentions. Setiap 10 minit nak dilayan.Setiap 10 minit nak ada teman hilang sunyi.Setiap 10 minit nak si girlfriend reply message.Boleh hilang sabar si perempuan


3. 'Wak Doyok' tak kena tempat

Hmm bila sebut Wak Doyok,apa lagi mesti teringat misainya yang tebal sampai tutup separuh muka tu kan? Hehee dalam kes ni bukan sebab misai dia ( Kalau salah satu reasons nak tinggalkan lelaki ialah sebab misai, tak tahu la nak kata apa.Hmm Brad Pitt yang ada jambang pun Angelina Jolie tak tinggal :P ). 

Dalam kes ni sebab lelaki yang terlalu fashionista sampai tak menepati masa.Tak salah nak jadi stylo,tapi agak-agak la .Kalau selalu kita tengok, lelaki yang akan naik hantu bila tunggu perempuan melaram lama sangat,tapi jangan tak percaya ada juga tau lelaki yang kalau bersiap,berjam-jam lamanya sampaikan boleh naik fade up si perempuan.

Dalam hal ni ,kesabaran tu penting.Tapi kalau dah hari-hari nak pergi dating,tak menepati masa, kena tunggu semata-mata untuk si lelaki 'mekap',hmm lupakan saja la sebab memang ternyata si lelaki tu lebihpentingkan fashion daripada hati girlfriend yang lama berjanggut tunggu.

4. Mengongkong


Ahh salah satu sebab kenapa perempuan lebih selesa single daripada couple sebab sesetengah lelaki selalu mengongkong. Memang kadang-kadang mengongkong tu baik sebab si lelaki tu sayangkan perempuan tetapi kalau dah sampai tahap hak asasi perempuan tu dicabuli,wahhh ini sudah lebih.

Lagipun kalaulah si lelaki tu dah sah jadi seorang suami,it's okay.Tapi ni baru tahap boyfriend.Relaks la,tak payah nak jadi pak guard 24 jam sangat sebab perkara ini boleh menyebabkan si perempuan berasa rimas, tertekan,tak selesa dan akhirnya minta putus! Hmm siapa yang rugi?

5.Addict kepada gadget tak kira masa


Haa ini ialah ciri-ciri lelaki zaman smartphone sekarang ni.Pantang nampak phone,terus nak layan. Ok memang sekarang ni zaman IT,zaman segala-galanya ada di hujung jari, Tapi kalau dah masa dating , 24 jam layan phone instead of girlfriend, siapa yang tahan. 

Candy crush,Line Chat,Whatsapp,Twitter,SMS ,please tinggalkan smeua benda tu dulu masa dating dan tumpukan kepada girlfriend. Dekat rumah pun boleh dating dengan phone tu.Betul tak? Lagipun kalau setakat iPhone yang harga RM2K ++ tu penyebab hubungan terputus,baik pergi campak je iPhone tu sebab iPhone boleh dibeli, tapi wanita? Hmm...
.............

Duhai lelaki,renung-renungkanlah 5 perkara ni ok.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian girlfriend dah lari 



Tahniah Diya. 

12 comments

  1. alhamdulillah tq again ya licha <3

    ReplyDelete
  2. assalam liza...susah nk cari boyfren perfect ni ikut kacamata hati kita ni...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. entri syafiq nanti licha publish jugak ye. jangan risau :)

      Delete
  4. lol yang ketiga tu kekekeke tahniah ! :D

    ReplyDelete
  5. tahniah buat diya...mmg bez point dia

    ReplyDelete
  6. Tahniah Diya. Tapi kalau lelaki yang memang terkategori dalam 5 tips di atas tu,memang elok lah difikir-fikirkan utk ditinggalkan sebelum terlambat dan hidup lebih merana.

    ReplyDelete
  7. salam kenal dan join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete