TIPS - ketahui Tarikh Luput Produk Kecantikan

hah, ini tahun aku nak bagi tips banyak sikit. Kata azam 2014 nak buat banyak kebaikan kan?.
Dan langkah pertama ialah buat post yang berguna dan tidak lapuk ditelan zaman. Aku haritu belek-belek blusher yang aku beli sejak sem 4 ijazah lagi sampai sekarang pon tak habis, jadi terpikir jugak entah-entah dah expired. Kalau makanan lain lah sikit sebab senang nak tahu kalau basi.

Jadi aku ada tips mudah cara nak tengok tarikh luput sesuatu produk. 
Sebenarnya gambar kanan yang digunakan sebagai petunjuk akan tempoh hayat sesuatu produk. 
Ia dikenali sebagai Period after Opening (PAO). Sebagai contoh 12 M - bermaksud produk itu tahan selama 12 bulan. Cuba tengok gambar sebelah kiri pulak, untuk produk DIOR, terdapat logo PAO dan nombor 6 M. Jadi produk itu cuma tahan untuk 6 bulan sahaja. 


















Selain logo PAO, kadang-kadang korang boleh tengok expiry date yang ada, takpun ada yang tulis best before __. Bau dan tekstur pon boleh menentukan produk tu masih elok untuk dipakai atau pun tidak.  Penting untuk tahu expired date bagi sesuatu barangan make up, nanti tidak lah rosak pulak kulit muka sebab pakai produk yang dah expired. Tak pasal je kan?. 

Kat bawah ni boleh tengok senarai tarikh luput produk kecantikan lain.



--Losyen 
Badan 
2 hingga 3 tahun, terutama bagi di dalam bekas "pump"

--Maskara dan liquid eyeliner 
2 hingga 3 bulan. Pastikan anda rajin untuk menggantikannya untuk mengelakkan jangkitan dan kuman. 

--Deodorant
tahan sehingga 2 tahun.

--Bedak asas /Foundation
tahan sehingga 2 tahun. 

--Minyak Wangi
tahan sehingga 2 tahun, untuk tahan lama simpan di tempat sejuk dan gelap. 

--Lipstick & Lip Gloss
2 hingga 3 tahun.

--Shampoo, Conditioner dan Gel Mandian
tahan sehingga 3 tahun. 

Kadang-kadang cara kita simpan pun memainkan peranan. Jangan dedahkan sesuatu barang contohnya krim muka di tempat yang panas. Simpan di tempat sejuk dan jauh dari sinaran cahaya matahari agar produk boleh tahan lama. Ok lah aku nak pergi buang mascara, dah 2 tahun dok pakai.. ewwww. :P


--> kalau rajin nak baca lebih korang boleh lah pergi ke link ini

31 comments

  1. salam licha..baru brkesempatan bw kat cne :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye dear :) salu je singgah sini .. hihi

      Delete
  2. yg suka bersolek ni kena ambil tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak. kalau pakai barang dah expired nanti kulit boleh rosak

      Delete
  3. haa lipstik sy beli pas SPM (thn 2000) smpai la ni pakai x abis2..ahahah..tp baru jer buang masa new year ritu sebab wut clean up bilik..pikir punye pikir lipstik tu mcm dh lame je...terus buang..tp ikutkn sbnrnye masih elok je sbb jarang pkai...kih3x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuwuuu.. lama tuh. dah nak 13 tahun. memang boleh masuk muzim dah :P .
      tapi kan memang lambat habis pun barang2 macam tu. sebab tak kan nak tidur pun nak pakai jugak kan? hihi

      Delete
    2. klu pakai dh expired jadi apa2 tak...sbb kdg bila dh byk x ingat jangka hayat lipstik tu..

      Delete
  4. info berguna ni tq ye.lama jugak kalau 2 3 tahun boleh guna jimat byk tu hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pandai jaga elok2 memang tahan lama .. :)

      Delete
  5. Oke. Baru faham 6M atau 12M tu maksud dia apa. Kne check barang make up ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. :) dulu licha pun tak tau dan aware on this matter.
      kena buang dah mana yang dah expired tu

      Delete
  6. thanks infonya dear..bermanfaat sesangat

    ReplyDelete
  7. nak selongkar beg mekap lah mcm ni.. huhu.. thanks!

    ReplyDelete
  8. Lepas baca ni sessi membelek barang make up nak check..tq share licha

    ReplyDelete
  9. Selalu je sya pakai brg expired ni..huhu..pasni akk lebih berhati2..tima kasih kongsi info licha

    ReplyDelete
  10. tq tips sis... tambah2 lelaki memng jrang peka dgn pkara mcm ni :)

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg bagus utk semua.. terutama wanita & pendandan...

    ReplyDelete
  12. Thanks Licha..bagus info ni...

    ReplyDelete
  13. ilmu baru untuk akak malam ni. selalu main guna je.. tengok berubah warna baru buang, hehe..

    ReplyDelete
  14. tq for the info. saya ni jenis pemalas. so, byk barang komestik yg sy xpakai. rasanya, dh boleh buang apa yg patut. hehe.

    ReplyDelete
  15. hahaha..kalau sy,,, dh 3 bulan x guna maksudnya dh expired lah tu.. hihihi.. nice info.. baru taww..

    ReplyDelete
  16. tq bgtau..akak pun nak g semak laa bahan mekap tu semua... mana dok tau ada yg dh kn buang...hihihi

    ReplyDelete
  17. owh..shampoo boleh tahan 3 tahun rupanya ek..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. Nice sharing....he jap g check semua huhu

    ReplyDelete
  19. baru tahu.. thanks for da info...

    ReplyDelete
  20. ika banyakkkkk gila lotion, banyak brand, pastu last2 tak habis, bila expired buang je....membazir betul ahahahha

    ReplyDelete
  21. Macam mana nak baca mfg pulak??

    ReplyDelete
  22. Macam mana nak baca mfg pulak??

    ReplyDelete