[Gambar] 5 Elevator paling cool di dunia

masa kecik-kecik aku selalu konfius antara elevator dan escalator. 
Elevator ialah "a platform or compartment housed in a shaft for raising and lowering people or things to different floors or levels". Kesimpulannya, elevator itu lift.

 Senarai asal untuk elevator paling cool di dunia ada 10, tapi banyak sangat kalau aku nak letak semua.
Yelah, masa itu emas tak kan nak biar korang lepak lelama kat sini. haha. 

1. The Hemmetschwand LIfe, Switzerland
Lift "exterior" yang tertinggi di Eropah. Lift ini mampu membawa penumpang 153 meter sehingga kepuncak dalam masa kurang daripada 1 minit, Ia juga merupakan tarikan pelancong yang utama. 

2. The Falkirk Wheel, Scotland
The Falkirk Wheel ialah sebuah lift bot yang berputar menghubungkan antara Forth dan Clyde dengan Terusan Union. Perbezaan ketinggian kedua terusan ialah 24 meter (79 kaki) bersamaan bangunan 8 tingkat.
Secara asasnya, anda menaiki lift di dalam bot.

3. SkyView, Ericsson Globe, Sweden 
Terletak di Stockholm, Ericsson Globe ia kini bangunan hemisfera yang terbesar di dunia dengan diameter 110 meter (361 kaki) dan ketinggian 85 meter (279 kaki). Ia digunakan untuk konsert, pertunjukan dan hoki ais. Di sebelah luar hemisfera, anda boleh mengambil menaiki lif kaca daripada SkyView dan menikmati pemandangan indah Stockholm.

4. Sky Tower, New Zealand
The Sky Tower merupakan sebuah menara pemerhation di bandar Aukland. 
Pemandangan dari 610 kaki di udara adalah sangat menakjubkan. Dinding dan lantai lift diperbuat daripada kaca, jadi pengunjung boleh melihat ke bawah dan sekeliling. 
Perjalanan cuma mengambil masa 40 saat untuk tiba di tempat pemerhatian.

5. Aquadom, Germany
Aquadom di Berlin ialah 25 meter (82 kaki) silinder arcrylic glass aquarium dengan terdapat lif transparent di dalamnya. Cool sangat. Naik lift boleh tengok ikan kan sekeliling. :)

Sekali lagi, elevator tu lif. ok.!

44 comments

  1. betul, betul :)
    memang cool, boleh listkan dalam list travelling ni. Teringin nak pi Hemmetschwand LIfe, Switzerland
    dengan Aquadom, Sky Tower pernah pi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. pernah pergi Sky Tower? amacam best tak? heee

      Delete
  2. dasyat otak manusia yang Allah kurnia...

    ReplyDelete
  3. wahhh cantik + kreatif serta menakutkan ..allahuakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tinggi-tinggi sgt tu memang macam gerun sikit lah :) hehe

      Delete
  4. fuyoo..dasyat2 semua elevator nie tapi paling stylo saya rasa yang dekat sweden tu kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. wow...nk naik lah lift yg ade ikan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jgk kan. cuma takut kalau ada jaws la. heehe

      Delete
  6. bestnye.. dah mcm naik roller coaster kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org oversea memang suka design benda pelik2 sikit. hehe

      Delete
  7. semua best2.. nak pegi ke semua tempat la satu hari nnt.. hihi

    ReplyDelete
  8. wow..
    memng cool gila..
    ni satu hari kna p melawat..
    kena rasa sendiri naik..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak berjalan lagi banyak experience.. kan?
      hihi.. ni licha dok menabung guna nuffnang la ni. nk pergi. lol

      Delete
  9. xnek dah den klu mcm 2 hhehehe bio cool pon

    ReplyDelete
  10. Wahh menakjubkan betul .. Dulu pun selalu kompius mana satu escalator dan elevator

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? hehe.. salu je tak tau. elevator tu lift :P

      Delete
  11. Replies
    1. ye. betul tu.. kat mesia tak jmpa lagi.
      kalau ada dh lama pergi

      Delete
  12. Wow best.. syok dpt naik lif mcm tu. Tp gambar yg 1st tu mcm x kuat je binaannya.. takut pulak huhu..
    menabung sini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg first tu tinggi sangat. lepas tu mcm kecik je kan?
      hehe.. dah klik ikln khir jugak

      Delete
  13. Nmpk menakutkan ok..tmbh2 yg transparent tu..huhu..mmg naik,tutup mata la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. lagipun speed dia pun laju. memang kecut jgk la kot

      Delete
  14. Replies
    1. kalau kat mesia memang tak berani try la. huhu. :)

      Delete
  15. yang first tu memang gayatlah kalau naik.Tapi suka sangat yang no.3 tu macam menarik je :)

    ReplyDelete
  16. Cool betul lift-lift ni. Hari tu pernah tengok dokumentari tentang Aquadom ni kat Discovery Channel, memang marvelous habis engineering diorang waktu construction tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. modal pon banyak kot.. :) hm.. rasa kagum sgt

      Delete
  17. cool giler...
    tapi terbayang cmne lah kalau cylinder yang besar tu pecah...huhuhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pecah, kena berenang skali dgn ikan la gamaknya. huhu

      Delete