Gambar | 5 makanan untuk otak yang cerdik



Terdapat 5 jenis makanan yang didapati mampu membuatkan otak seseorang menjadi  lebih sihat, cerdik dan cergas.  


1. Teh Hijau

Bukan sahaja merupakan sumber yang bagus untuk anti-oksidan tetapi juga mengandungi kafein. 
Kajian menunjukkan kafein meningkatkan fungsi kognitif, fokus dan tumpuan. Walaupun kopi dan coklat mempunyai anti -oksidan tapi mungkin tidak begitu tinggi berbanding teh hijau. 


2. Yougurt


Vitamin B12, sering dirujuk sebagai "vitamin memori," hanya didapati secara semula jadi dalam makanan haiwan. Makanan yang terlibat dalam fungsi saraf terdapat dalam yogurt, keju, salmon, udang, dan daging lembu.

3. Carrot

Selain baik untuk mata, carrot juga membantu mengeluarkan dan membebaskan bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter. Sistem saraf bergantung kepada neurotransmitter untuk menyampaikan mesej di dalam otak, seperti mengawal mood, kelaparan dan tidur.

4. Telur

Walaupun terdapat percanggahan mengenai kebaikan dan keburukan telur kepada kesihatan, namun untuk fungsi otak ia tidak boleh diabaikan. Choline yang terlibat dalam ingatan ditemui dalam telur, khususnya kuning telur.

5. Bayam

Makan bayam jadi kuat macam Popeye :) . Sayuran berdaun gelap contohnya Bayam merupakan salah satu makanan untuk kesihatan otak. Selain anti-oksidan sangat berfaedah kepada otak, ia juga memberi kuasa dari segi vitamin dan kandungan mineral kepada tubuh badan. 


seeloknya di seimbangkan semua makanan tersebut dan digalakkan makan makanan yang organik. 
Boleh lah di amalkan ye korang semua :) 





23 comments

  1. okay.. saya minum teh hijau, makan telur,, bayam, carrot dan yogurt jejarang. so, dapat lah 20 peratus daripada 100 peratus kecerdikan tu...hehe

    ReplyDelete
  2. okay.. saya minum teh hijau, makan telur,, bayam, carrot dan yogurt jejarang. so, dapat lah 20 peratus daripada 100 peratus kecerdikan tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tingkatkan tu. makan banyak sikit tau Akmall

      Delete
  3. semuanya sedap
    yogurt jarang mkn

    ReplyDelete
  4. Wah bagus.. boleh diamalkan selalu pemakanan ni :)

    ReplyDelete
  5. good sharing....jom amalkan hehe...

    ReplyDelete
  6. Semua suka..kcuali green tea..jrg minum..wah..ptt leh tmbh2 bijak ni..hehe

    ReplyDelete
  7. kuning telur tu yang saya tak suke makan tu....

    ReplyDelete
  8. Semua saya suka makan.
    Hehehehhee.
    Bila nak jumpa nie @Liza Licha?
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. hm.. bagus tu dear. amalkan selalu ye.. :) bagus untuk kesihatan

      Delete
  10. yogurt, carrot and telur tu memang selalu..teh hijau and bayam , jarang-jarang..dah macam citer p ramlee pulak ya..he..he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nostalgia .. licha pun jarang minum teh hijau .. aptah lagi yang tak de gula

      Delete
  11. menarik info ni :) sesuai la.. ily tgh pregnant ni bole ikut tips2 :)

    ReplyDelete
  12. info menarik..cuma yogurt xberapa suka makan..hihi good info :)

    ReplyDelete