wordless wednesday : a day in office [part 2]

oh helloo.. 

Minggu lepas aku post gambar lobby office aku. Jadi harini  aku buatlah part 2 nak jamu mata korang semua  Tak de part 3 dah tau, tak semangat aku nak snap gambar opis banyak-banyak dalam telefon. Haha.

Birdview of HP Campus Cyberjaya, memang besar dan mampu menampung ribuan pekerja. 

_Finance and Global IT_ 
Ni bangunan tempat aku bekerja.

_Reception area_



_Office open area_

_tempat kerja_
ini harapan. 
-
-
-
ini kenyataan. 


keseronokan bekerja di sini -

Waktu bekerja yang flexible. Asalkan kau meet deadlines, kerja siap suma ok. 
Lagi 1 sebab boleh WORK FROM HOME. Tak perlu datang office tapi online kerja dari rumah. Amacam rasa kerja ngan company besar pakai suar tido? kau hado?.

Dress code yang tak terlalu strict. Kau boleh pakai ikut cita rasa yang kau suka.
Antaranya leggings, mini skirt, baby tee, baju punjab, jeans kaler-kaler, t-shirt, baju kurung.
Aku kalau lambat pakai jeans dengan t-shirt je senang tak payah iron. 

Internet yang tiada sempadan. Tapi bukan bermakna boleh surf benda bukan-bukan contohnya  porn time kerja. Be responsible and sensible ok. Xpayah tunggu loading lama-lama
tu pasal Youtube dah jadi macam TV aku. Sepanjang masa aku on FB.

Parking free, Kafe besar dengan harga makanan yang murah, free coffee machine, ada gym dan fitness center, dan sebagainya. (fact : HP emphasize work life balance untuk semua staff.) 

Jujurnya aku tak bercadang nak blah pergi tempat lain :) 
i love my job.


kalau nak tengok lebih lagi boleh la tengok video kat Youtube
silakan.

14 comments

  1. wowooo semat opis.. lagi2 bila didekorasikan ngan balang beskot raya :P

    P/s : hahaha WW ke?boleh la.. boleh la kikiki :D (penuh ngan explainantion :D)

    ReplyDelete
    Replies
    1. afzal.. ww jgak la ada sepatah dua kata.. haha..
      beskot tu penting. baru la performance meningkat.. :)

      Delete
  2. stylo giler opis...dah serupa macam keje kat google laa plak..hehe..kalau aku keje sini pun tak nak blah..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. azlan.. google rasanya lagi mantap.. hehe.. cantik je colorful.

      ini just modern sikit la sebab dia cmpny IT.

      Delete
  3. pergh..best giler..flexible giler. ofis pon cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu lokman .. sesuai untuk perempuan sbb boleh dapat worklife balance..

      Delete
  4. wow..cantik la tmpt keje sis
    sejum mata memandang
    mmg bg mood yg baik ms bekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. yumida.. itu yg seronok tu.. tak strict. kita kerja pon boleh rilek takde stress sgt

      Delete
  5. bestnyer.... camni baru semangat nak keja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dik bee :) semangat + seronok.. hehe

      Delete
  6. Wah
    Bestnyer
    Boleh work from home
    Jeles sih
    Suka tengok wall harapan tu
    Bila nak jadikan kenyataan?
    Just sharing pic saya
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan tu xkn jdi kenyataan sbb belom dpt dicapai lgi. Hehe.. ye boleh work from home sbb flexible..

      Salam kenalan.

      Delete