Muzium Coklat di Malaysia

assalamualaikum..

Tahukah anda Malaysia mempunyai muzium Coklat pertama di Asia Tenggara.? 

Muzium ini  terletak di Kota Damansara dan ditubuhkan oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd. 

Apa yang menarik ialah muzium ini bukan sahaja mendidik orang ramai mengenai asal usul coklat tetapi juga manfaat coklat untuk kesihatan.



Pengunjung boleh mendapatkan banyak jenis pilihan coklat. Terdapat kira-kira 100 jenama serta 1000 jenis coklat dijual di muzium itu. dan semestinya dengan harga yang lebih murah!.


Di samping itu, demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan.
Bunyinya agak menarik.. jadi bagi coklat lover, mungkin tempat ni sesuai untuk anda semua :)

oh, ya. masuk PERCUMA. je.. 

ni alamat :
MSB2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya.


p/s: ada blogger yang cakap, rupa luarnya nampak macam kilang. aku tak pernah pergi. jadi no comment.

6 comments

  1. ho ho gila coklat ..ni saya baru je lepas mkn coklat hehehe tak pernah dtg muzium coklat , kat petaling jaya ..

    ReplyDelete
  2. oohhh..ceq baru tau psl kilang ni.tq 4 da info..
    tapi sygnya..saya x mkan coklat.huhuhu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmakan coklat? rugi2.. hehe.. jaga gigi ea?

      Delete